2011 Rabu, 15 Disember 2010 11:17
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia akan menganjurkan Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) 2011 di kalangan murid sekolah dan Pertandingan Myskill 2011 dikalangan guru kemahiran . Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) berharap akan dapat melihat lebih ramai murid dan guru yang layak untuk menyertai pertandingan tersebut.
Diharap pihak sekolah dapat mengenalpasti dan mencalonkan murid dan guru yang berkelayakan untuk menyertai pertandingan ini. Sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila berhubung dengan pegawai di bahagian ini, En.Mohd Rosdi bin Ismail di talian 03-88845174 / 019-9871070. Tuan juga boleh merujuk kepada laman web http://www.bptv.edu.my atau http://www.dsd.gov.my untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini mengenai perkara di atas. Semua penyertaan hendaklah dimaklumkan kepada BPTV. u.p – Tn. Haji Marzuki bin Kemi Sektor Pengurusan Akademik BPTV