MAKLUMAT TAMBAHAN – PERKHIDMATAN RANGKAIAN INTERNET DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR 2011

Semua Pegawai Pelajaran Daerah

Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor,

Semua Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-Sekolah Negeri Johor

 

Tuan/Puan,

MAKLUMAT TAMBAHAN – PERHIDMATAN RANGKAIAN INTERNET DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR.

Merujuk kepada perkara di atas.

2.     Untuk makluman semua, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor sedang berbincang bersama penyedia perkhidmatan internet (ISP) iaitu Telekom Malaysia Berhad dan Syarikat Goverment Integrated Telecommunication Network Sdn. Bhd. (GITN) berkaitan penawaran pekej jalur lebar khas untuk kegunaan pihak sekolah. Antara kandungan pakej jalur lebar yang ditawarkan ialah keselamatan rangkaian, data, antivirus, proses penapisan kandungan di pintu masuk (gateway), pertambahan kelajuan dan sebagainya.

3.     Sehubungan itu, pihak JPN Johor memohon kerjasama semua sekolah Negeri Johor membuat penanguhan sementara untuk mendaftar mana-mana penyedia perkhidmatan internet (ISP) untuk kegunaan talian internet di sekolah. Beberapa syarikat penyedia perkhidmatan internet (ISP) akan mengadakan penerangan ke setiap daerah berkaitan tawaran pakej khas untuk semua sekolah.

4.     Buat masa ini, perkhidmatan talian schoolnet belum ditamatkan dan perbekalan dilanjutkan sementara dalam tempoh dua minggu pertama bulan Januari 2011. Garis panduan pemasangan talian internet seperti yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM.

5.     Sebarang permasalahan atau pertanyaan, sila rujuk pegawai kami iaitu En. Adharizam Bin Adanan di talian 07-2332237 atau berhubung dengan Penolong PPD (Teknologi dan Maklumat) di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.

Segala kerjasama pihak tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

About isokorik

easy going..
This entry was posted in Pengumuman. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s