Perutusan

Maksud Firman Allah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Kitab Al Quran ini, tiada sebarang syak padanya, ia pula menjadi PETUNJUK bagi orang yang BERTAQWA. Iaituorang yang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan orang yang beriman kepada Kitab yang diturunkan kepadamu, dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan adanya hari akhirat. Mereka iltulah yang tetap mendapat PETUNJUK dari tuhan mereka dan merekalah orang BERJAYA.

(Al Baqarah, ayat 1-5)

Syukur saya ke hadrat Allah di atas segala nikmat yang dikurniakan serta umur yang panjang untuk sama-samakita meneruskan agenda memperkasakan pendidikan vokasional dan kemahiran. Melalui laman web ini, saya harap agar semua warga sekolah mempunyai akses kepada maklumat semasa yang berlaku mahu diperingkat sekolah atau yang sebagainya.

Saya ingin menarik perhatian tuan-puan untuk sama-sama menghayati Firman Allah dalam surah Al-Baqarah (ayat 1 hingga5), untuk menjadi manusia yang berjaya Allah telah senaraikan ciri atau sifat yang perlu ada pada kita. Maka itu marilah kita sama-sama meningkatkan sifat-sifat itu supaya kejayaan yang kita harapkan akan tercapai.

Selari dengan ayat-ayat itu, maka tema persekolahan tahun ini ialah MENDIDIK DENGAN TAQWA DAN KASIH SAYANG. Melalui sifat Taqwa yang perlu ada pada kita, insyaAllah kejayaan dalam kerja kita akan Allah kabulkan seterusnya didikan melalui kasih sayang, akan terbina hubungan yang erat antara warga sekolah sehingga terbit satu kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

Maka secara umumnya, kita perlu berkerja bersama-sama secara jujur, ikhlas dan dedikasi untuk melahirkan insan-insan yang berpengetahuan luas ilmu dunia akhirat, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan berakhla mulia.

Sekian, semoga Allah sentiasa merahmati kita dunia akhirat.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s