Sila beralih ke Portal Baru Kami

Sila layari Portal Baru SM Vokasional Segamat di www.smvsegamat.weebly.com

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

SELAMAT MERDEKA RAYA

26 OGOS 2011

BrigetICT SMV Segamat mengucapkan SELAMAT MERDEKA RAYA kepada semua dan selamat bercuti.

Maaf zahir dan batin…

Posted in Guru & Staf, Pengumuman | Tinggalkan komen

Hiatus Hernia

Salam 1 Malaysia.

Sekadar untuk  menjawab soalan rakan-rakan yang sering bertanya, saya jelaskan secara ringkas penyakit yang dialami En.Hairulamir iaitu :

  1. 1.       Hiatus Hernia
  2. 2.       Gastro Esophageal Reflux Disease
  3. 3.       Helicobacter Pylori Positive
  4. 4.       Luka pada esophagus

Hiatus Hernia ialah kerosakan pada bahagian salur perut ke thorax di mana berlaku kelonggaran dan menyebabkan lubang yang besar akibat kelemahan otot diafragma.  Ini menyebabkan tiada kawalan keluar masuk makanan & asid gastrik.

Hiatus Hernia Symptoms

  1. Acid reflux (asid drp perut keluar semula ke esophagus)
  2. Violent Vomiting  (makanan akan ditolak semula oleh asid setiap kali selepas makan)
  3. Kesukaran menelan makanan
  4. Shortness of Breath (pendek nafas)
  5. Sakit di bahagian abdomen
  6. Sakit di bahagian dada
  7. Badan sembab (gemuk angin)
  8. Obesity
  9. Sendawa kuat
  10. Berdengkur kuat
  11. Gangguan tidur (baring secara 35darjah tinggi)

 Gastro Esophageal Reflux Disease adalah disebabkan kekerapan asid gastric naik ke esophagus. Biasanya pesakit akan merasa pedih hulu hati yang sangat kerap dan rasa pahit di mulut. Pesakit juga akan muntah selepas mengambil makanan. Juga akan mengalami kelembapan sistem penghadaman.

Risiko GERD : kekerapan asid gastric masuk ke esophagus akan menyebabkan luka pada esophagus dan mengundang esophageal cancer.

 Helicobacter Pylori Positive adalah kehadiran bakteria HP dalam esophagus dan perut yang boleh merosakan dinding perut, merosakkan sel/tisu sekali gus penyebab utama gastric ulser dan stomach cancer. Bagaimana pun, penyakit ini tidak membawa simtom dan menyerang secara tiba-tiba (clinically silent)

 Luka pada esophagus menyebabkan saya selalu muntah darah dan rasa pedih.

*secara umumnya..saya masih sihat…cuma menjalani rawatan secara konsisten. Smile =)

Posted in Guru & Staf | Tinggalkan komen

Bulan Kemerdekaan

8 Ogos 2011

Bulan ini sekolah akan menyambut bulan ramadan dan juga bulan kemerdekaan. Aktiviti-aktiviti sepanjang bulan ini ialah teka silangkata, pertandingan menulis pantun, deklamasi sajak, mengarang esei, kuiz dan banyak lagi. Selamat Hari Kemerdekaan ke-54 dan Selamat Berpuasa…

 

Posted in Pengumuman, Program Akademik | Tinggalkan komen

Kursus Sukan 1M1S

26 Julai 2011

Kursus ini telah dianjurkan oleh PPD Segamat dan JPN Johor selama 3 hari bertempat di SMV Segamat. Sebanyak 10 jenis sukan dan permainan telah dipilih dan guru-guru di daerah Segamat telah dilatih dengan intensif dari segi teori dan juga praktikal.

 

Posted in Pengumuman, Program Ko-Kurikulum | Tinggalkan komen

Lawatan Ke Cameron Highlands

23 Julai 2011

Panitia Bahasa Melayu telah membuat satu lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands Pahang. Rombongan ini diketuai oleh Pn Saripah Bt Ismail dan dibantu oleh beberapa orang guru lain. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah MARDI, Boh Plantations, pasar malam Brinchang dan taman-taman pertanian yang lain. Sesungguhnya perjalanan lawatan amat memenatkan tetapi lawatan ini membawa seribu satu kebaikan kepada para pelajar.  

Posted in Program Akademik, Program Ko-Kurikulum | Tinggalkan komen

Lawatan 5ABM ke UTHM dan ADTEC

20 Julai 2011

Bengkel ABM telah membuat lawatan sambil belajar ke UTHM dan Adtec di Batu Pahat pada hari Rabu. Di UTHM, para pelajar telah melawat bengkel kejuruteraan mekanikal sementara di Adtec mereka dibawa ke bengkel latihan mesin. Pelbagai jenis mesin dengan pelbagai jenis fungsi yang berlainan telah ditunjukkan kepada mereka. Lawatan ini berjaya menambah ilmu pengetahuan para pelajar dan yang paling penting ialah meningkatkan semangat belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Posted in Program Akademik | Tinggalkan komen

Bulan Vokasional & Kemahiran

4 Julai 2011

Bulan Vokasional pada tahun ini berlangsung dari 4 hingga 29 Julai 2011. Banyak aktiviti dan pertandingan diadakan khas untuk guru-guru dan para pelajar. Antaranya ialah pertandingan dalaman bengkel-bengkel, kuiz, info vokasional, teka silangkata dan banyak lagi.

Posted in Program Akademik | Tinggalkan komen

Rumah Merah Johan

7 Julai 2011

Rumah Merah/Persona muncul sebagai juara dalam Kejohanan padang dan balapan SMVS Kali ke-18. Naib johan jatuh di tangan Rumah Biru/Inspira, tempat ketiga ialah Rumah Hijau/Exora dan tempat keempat ialah Rumah Kuning/Alza. Tahniah kepada semua warga sekolah khasnya guru-guru, staf sokongan, majlis sukan pelajar dan pelajar-pelajar.  

Posted in Program Ko-Kurikulum | Tinggalkan komen

LARIAN SERENTAK 1M1S 1MALAYSIA

2 Julai 2011

Larian Serentak 1M1S 1Malaysia telah berjalan dengan jayanya. Aktiviti senamrobik diadakan sebelum larian bermula sebagai pemanas badan. Ramai guru-guru dan para pelajar terlibat dengan aktiviti ini. Yang paling menyeronokkan ialah kita telah sama-sama mencipta rekod dalam ‘the Malaysia Book of Record’ sebagai larian serentak pelajar-pelajar sekolah yang paling ramai. Tahniah dan syabas.

 

Posted in Guru & Staf, Pengumuman, Program Ko-Kurikulum | Tinggalkan komen